Assalamualaikum...
Dekat setahun jgk la aku tak update blog ni, hampir setahun tak menulis, conteng blog nih...terabai sebab aku pun sibuk dengan hidup aku. so malam ni, aku tringat kat blog nih, so aku nk pot pet pot pet sikit...tika masih ada masa nih...free
Pernah tak korang rasa hidup kau kosong? hambar? sepi? hingga kau gi joging, panjat bukit pun tak menatijahkan apa-apa...kosong, sifar!
Ya! Aku rasa dan masih terasa. lalu, aku terduduk di satu duduk termangu sorang diri. apa dah aku buat untuk diri aku sbg bekal akhirat nanti? aku bukan manusia yg alim...solat terkadang saja on time, yg lain hampir ke penghujung waktu. sungguh aku manusia pendosa. Allahuakbar! Hipokrit, munafik segala bagai aku rasa. Subhanallah! Sungguh iman aku sangat nipis!!! hati aku tak kuat....
Kenapa kita rasa hidup kita kosong? Sebulan kemudian aku bertemu jawapannya..melalui kiriman sorg teman... meh sini aku share buat renungan kita semua..buat sapa yg baca nih.... -_-''
kalau kau nak nangis, teriak hingga kehabisan kata...silakan....
ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?
Kisah seorang persara bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"
Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"
Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.
- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.
- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.
- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.
- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.
- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.
- Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.
- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.
- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.
- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.
Allah SWT nak mencari tuan dimana?
Cuba tuan beritahu?
Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.
Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.
PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.
Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.
Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.
Peringatan buat diri sendiri juga.
No comments:
Post a Comment