Assalamualaikum..
tak kira ko kena cerca, maki hamun, marah, segala celaka yang diherdik pada ko, JANGAN JATUH. sebab, ko makhluk ciptaan Allah yang kuat tanpa ko sedar. sebab, ko berhak untuk memilih bahagia atau derita. sebab, kau ada akal untuk berfikir, tidak ada guna jatuh demi org yg cuba menjatuhkan ko. sebab, ko ada kaki,tegap untuk berdiri kembali..gapai semula hak ko. mereka hanya pipit yg terbangnya tidak tinggi tapi ko HELANG yg gagah meluncur di awan bahagia!!!
nah, FJ ada puisi..untuk ko fahami~
Kenapa kita selalu nak toleh orang yang sanggup jahanamkan kita
Yang kita hancur macam mak abah kita tak pernah tatang kita
Kita selalu lupa
Kita ada harga
Sekali lagi kau bilang mahu pergi
Sekali lagi kau biarkan aku mati
Sekali lagi kau biarkan aku tanpa perasaan
Apa kau fikir aku ni haiwan?
Tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu?
Takkah kau peduli apa yang aku mahu?
Sampai hati kau pergi
Sampai hati kau biar aku mati
Perasaan yang terlalu menakutkan
Perasaan yang terlalu menyeramkan
Aku ditinggal di tepi jalan
Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan
Celakanya perasaan ini
Ku fikirkan aku takkan peduli kau pergi
Kau memang lelaki yang harus mati
Sampai hati kau biarkan aku begini bersendiri
Ini bukan yang biasa
Ini cinta yang ada lainnya
Tapi kau tidak pernah merasa apa yang ku rasa
Kau panggil aku gila
Bila kau bilang kau hendak pergi
Kau tahu kau sedang mahu ku mati
Berapa kali kau laku begini?
Berapa kali?
Berapa kali?
Dan di setiapnya, aku tak peduli bila engkau mengambil pisau dan melapah mentah
Kasihan hati ini biarkan engkau begitu menyiat hatiku untuk kali ke seribu
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Jangan jatuh
Assalamualaikum . Saya Nur,banyak kata2 / post2 disini yang menarik. Saya minta izin untuk share Boleh?
ReplyDelete