Search This Blog

Sunday, March 6, 2016

JANGAN JATUH...

Assalamualaikum..
tak kira ko kena cerca, maki hamun, marah, segala celaka yang diherdik pada ko, JANGAN JATUH. sebab, ko makhluk ciptaan Allah yang kuat tanpa ko sedar. sebab,  ko berhak untuk memilih bahagia atau derita. sebab, kau ada akal untuk berfikir, tidak ada guna jatuh demi org yg cuba menjatuhkan ko. sebab, ko ada kaki,tegap untuk berdiri kembali..gapai semula hak ko. mereka hanya pipit yg terbangnya tidak tinggi tapi ko HELANG yg gagah meluncur di awan bahagia!!!

nah, FJ ada puisi..untuk ko fahami~
 

Kenapa kita selalu nak toleh orang yang sanggup jahanamkan kita
Yang kita hancur macam mak abah kita tak pernah tatang kita 
Kita selalu lupa
Kita ada harga 
Sekali lagi kau bilang mahu pergi 
Sekali lagi kau biarkan aku mati 
Sekali lagi kau biarkan aku tanpa perasaan 
Apa kau fikir aku ni haiwan? 

Tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu? 
Takkah kau peduli apa yang aku mahu? 
Sampai hati kau pergi 
Sampai hati kau biar aku mati 

Perasaan yang terlalu menakutkan 
Perasaan yang terlalu menyeramkan 
Aku ditinggal di tepi jalan 
Aku ditinggal tanpa rakan dan taulan 
Celakanya perasaan ini 
Ku fikirkan aku takkan peduli kau pergi 
Kau memang lelaki yang harus mati 
Sampai hati kau biarkan aku begini bersendiri 
Ini bukan yang biasa 
Ini cinta yang ada lainnya 
Tapi kau tidak pernah merasa apa yang ku rasa 
Kau panggil aku gila 

Bila kau bilang kau hendak pergi 
Kau tahu kau sedang mahu ku mati 
Berapa kali kau laku begini?
Berapa kali? 
Berapa kali? 
Dan di setiapnya, aku tak peduli bila engkau mengambil pisau dan melapah mentah 
Kasihan hati ini biarkan engkau begitu menyiat hatiku untuk kali ke seribu 
Jangan jatuh 
Jangan jatuh 
 Jangan jatuh 
Jangan jatuh 
Jangan jatuh 
Jangan jatuh

Sepertinya....

Assalamualaikum...

seperti biasa, bila ada tulisan ku itu bermakna aku mencuri waktu..
curi waktu untuk berkongsi dgn apa yang ku rasa..
yerp..tika line internet ni masih hidup2 ciput2...
okeh..ni dia karya FJ...menusuk tepat dlm ati ku..fuhhh...dia punya puitis,cenggginiiii haaaa..berpuluh bintang aku kasii.. ^_^
what a talented person she is...
sorry, my English is student year 1 English..haha

nah amikkkk... :D

sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?




FJ : lagu tercipta untuk mencerita rasa sayu hati yang sentiasa merasakan seperti tak wujud dan tak ada.
        lagu tentang merasa dilihat kosong.