Mata tua yang memandang aku itu…bundar…pudar…
Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa
usangnya...
Biar... katanya biar...
Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan
renungkan mata ku yang melaut...
Khabarkan yang jujur dan ujar apa yang menyerabut...
Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang
rapuhmu...
Akukan lemahmu perikan penatmu...
Perikan penatmu...
Kisahkan jerihmu...
Aku mahu tahu...
Mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu
harum... senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
Biar... katanya biar
Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca
dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
melompat tinggi setiapnya kerna kau tak pernah pergi
Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari...
Kau bagaikan tak peduli.. ku biarkan kau patah
hati...
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama...
Makan tak mahu semeja sahabat lebih berharga...
Apa mampu kau berikan ampun maaf ku sujudkan..
Bisa tidak kau teruskan... ku sesat kau tunjuk
jalan...
Apa layak aku bagi tak terbalas sampai mati...
Kau sungguh yang paling tinggi...
Istanamu syurga nanti...
Ayahanda beta
Kekasih beta...
No comments:
Post a Comment