Assalamualaikum...
aku rindu pada mereka yang kian menjauh dari aku. aku berbisik dalam hati, mungkin Allah akan temukan dengan yang lebih baik daripada mereka. yang kekal dan setia disisi walau ape yang terjadi..tidak berubah hatinya hanya kerana menemui kebahagiaan sendiri. aku ditinggalkan sendirian, terkebil-kebil memandang gelapnya malam sebagaimana hatiku..tidah secerah seperti dulu. pelangi yang kutemui mula menghilang. erti sebuah persahabatan, sebuah unknown hubungan mula menyisih, melabuhkan tirainya. aku bukan sesiapa lagi pada mereka. tetap ada sekelumit rindu pada mereka tapi adakah aku dirindui???
rembulan hanya seketika..sebagaimana aku mengejar bayangan mu tapi tidak pernah kau sedari. kau mula bahagia akan tetapi kau tinggalkan 'sahabat' yang setia menanti di suatu sudut dunia. kau lupa wujudnya aku. aku rindu pada mereka, aku rinduuuu...namun rinduku tidak pernah terbalas.
segalanya aku berserah pada Ilahi. siapa aku padamu, hanya Dia yg mengerti. Jika berniat ingin lupakan aku, maka lupakanlah aku. Aku tetap di sini dan masih di sini. Biarlah digelar penunggu utk sesuatu yg sia-sia. Hanya Allah sebaik-baik perancang..hatiku, rasaku, kecewaku, sedihku,terkilanku, biarlah dia hilangkan dengan cara yg terbaik.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment