Search This Blog

Wednesday, January 9, 2013

Masalah perempuan yang selalu sahaja ada masalah dengan kawan perempuan.


Perkara ini sebenarnya mudah sahaja diatasi:-

1. Amalkan konsep, "Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Yang di depan biar baik selalu."

2. Berlapang dada. Lupakan saja kisah dia menyakitkan hati anda, anda terasa, dia bersalah, emo sana sini. Tutup sahaja cerita.

3. Berjumpa. Bersemuka. Kelebihan wanita berbanding lelaki. Wanita bila jumpa kawan wanita dapat peluk dan cium kawan wanitanya. Itulah masanya anda meminta maaf dan jangan harapkan dia melafazkan maaf. Minta maaf bukan untuk apa-apa kesalahan. Cuma hanyalah "minta maaf".

4. Jalinkan kembali persahabatan. Buang sahaja di fikiran, "dia salah, aku tak salah." Letakkan di fikiran, "Persahabatan yang berjarak kemudian putus, bukan sunnah Nabi. Aku nak ikut Sunnah, biar apa orang kata."

5. Berdoalah moga hati sentiasa tenang. Hati tenang dari Allah. Bukan dari mana-mana punca. Bukan dari sahabat. Sahabat yang terbaik tiada masa senang, ada masa kita menangis, di sisi waktu kita susah.

"Astaghfirullahaladzim."

No comments:

Post a Comment