1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan
aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa
ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan
sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal
haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui
ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai
cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di
hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi
hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan
berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak
bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan
langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis
melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah
kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi
usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun
perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan
selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
No comments:
Post a Comment