Tatkala bibir tak mampu terbuka...
Hati hanya mampu menangis sendiri...
Hati terlalu baik mengalah untuk segalanya...
Meskipun hati terluka namun dia rela...
Hati sakit pendam sendiri...
Tapi jika tidak lakukan seperti itu...
Hati akan jadi lebih sakit...
Kadang hati keliru...
Adakah hati baik kerana mengalah?
Atau hati memang bersalah hingga mengalah?
Hati menangis tak siapa yang tahu...
Kerana bibir tetap ukir senyuman...
Senyuman demi satu situasi yang tak pasti...
Bila hati menangis, hati diam...
Hati tak pernah melawan...
Sebab hati tahu bahana jika melawan...
Bibir pula dalam getar terus bersuara lembut...
Tenang dalam keadaan hingga dinihari...
Hati memujuk bibir untuk terus bersabar...
Kerana hati saja yang faham...
Faham jika bibir terus menghambur kata-kata...
Hati terlalu baik untuk merasa kesedihan ini...
Hati tak sepatutnya menanggung kerana hati jujur...
Tapi hati tak punya peluang untuk tenang dalam kejujuran...
Setiap kali hati berbisik pada bibir...
Bibir seolah berat untuk bersuara...
Jika bernasib baik, elok lah situasi...
Jika tidak, keroh lah keadaan...
Hingga tercetus pergaduhan hingga esok hari...
Hati memendam melihat bibir gagal membantu...
Hati tahu bibir terpaksa lakukan itu...
Demi menyelamatkannya dari dimarahi...
Kasihan hati...
Sering menangis untuk mencari lega...
Walaupun hati tanggung sendiri...
Tapi hati yakin hati mampu...
Hati percaya sakit itu tidak lama...
Bukan kerana hati gentar atau tak mampu tegakkan hak...
Kerana hati tak sanggup disakiti...
Hati dan bibir tahu...
Kesabaran yang ditanggung pasti terbalas jua..
Walau perit mana pun...
Hati akan terus bersabar...
Bibir tetap akan mengukir senyuman...
Itu janji hati dan bibir kepada tuannya...
Maafkan saya wahai hati dan bibir kerana terpaksa menyakiti kamu... :'(
No comments:
Post a Comment