Lama betul tak jenguk blog nih..ni pun curi masa jap..huhu.
ok, berdasarkan tajuk di atas tu, aku nk citer, cinta yg dimaksudkan tu bukanlah kepada manusia tp kepada pencipta segala makhluk atas muka bumi ni.. Allah s.w.t.
Kita ni bila susah je ingat Allah kan..bila senang Dia entah ke mana..ni pun untuk aku ingatkan diri aku sendiri jgk. Manusia yg lemah lagi hina...
Ni sebenarnya tajuk lagu daripada Kumpulan Hijjaz daripada Album Janji.
So, korang hayati bait seni kata ni yer.
Hiburan yang mendidik jiwa menusuk padu jauh ke dalam benak rasa.
Salammmmm...
Bisikan suara kalbu bergetar rasa nan satu
Nyanyian irama syahdu alun nada rindu
Ku memujuk cinta hadirlah di jiwa
Janganlah tinggalkan aku sepi dalam sendu
Aku dihambat resah
Mencari-Mu setiap arah
Tanpa-Mu aku lemah
Dayaku mudah lelah
Rindu tak sudah
Ingin aku bercanda
Dalam dakapan asyik rasa yang merasuk jiwa
Dan hanyalah cinta-Mu
Khayalan di kalbu
Satu yang ku mahu
Keindahan itu ingin ku rasakan
Di dingin malam dan hangat siangku
Kasihanilah aku tak henti merayu
Biarkan aku larut dalam kasih-Mu
Akulah pencinta yang kehilangan kata
Setiap kali ku menagih cinta
Bagaikan perindu yang tak pernah ragu
Kan jelma kekasih ditunggu
Begitulah diriku berpegang janji-Mu
Pasti terbuka kasih-Mu padaku
Ku pencinta yang merayu cinta.
Lirik: Atie
Lagu: Abai Os
Hak cipta: Hijjaz Records Sdn. Bhd.