Assalamualaikum...
Fuhhh....serius, dah lama tak menulis sejak sibuk dan internet yang hidup segan mati tak mau ni. Usha- punya usha rupanya dah dekat setahun blog aku ni berhabuk.. Dan malam ni terasa tergerak hati ni nak menjenguk...tudiaaaaa...berhabuk, habuk tebal 2 3 meter kot.. Ok, itu tipu..haha
So malam ni agak jiwang sikit sebab terjumpa satu lagu penuh puitis. Ayat dia memang penuh makna dan aku tersangat menyukai karya seperti ini. Karya yang mengandungi madah yang penuh puitis, ayat yang tersurat dan tersirat bagai dan aku bukan budak sastera walau jiwa aku cukup menyukai sastera ni. Tak salah kan budak sains tulen menyukai karya seperti ini. Satu lagi sebab dia Fynn Jamal. Madah dari dia cukup magis, ekstravaganza dan ada wow!! Aku pun tak tau nak ungkap macam mana...hehe. So layannnnnn...
#nukilandarigurupedalaman #kapit #sarawak
Suatu Pernah- Fynn Jamal.
Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah
Dikutipku bila sudi
Di bila tidak dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu ahh
Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah
Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa tetap kau terbang
Takkanku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku lemah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah
Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah