Search This Blog

Monday, October 29, 2012

Hidup Itu~

Hidup itu, tidak selalunya cerah... adakalanya gelap.
Hidup itu, tidak selalunya di atas... adakalanya di bawah.
Hidup itu, tidak selalunya indah... adakalah pedih terasa.
Hidup itu, tidak selalunya sihat... adakalanya sakit.
Hidup itu, tidak selalunya gembira... adakalanya sedih.
Hidup itu, tidak selalunya berjaya... adakalanya gagal.

~>> Itulah kehidupan. Pandanglah dengan kaca mata iman dan... berbahagialah.. (^_^)

huhuhuuuuuu, best frennnzzz

kenapa ya kadang2 kehilangan kawan baik itu adakalanya sakitnya lebih sakit dari kehilangan kekasih :)

kadang@kadang

Kadang-kadang kita tidak pernah sedar...
Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita...
~ dia intai kita dalam senyap.
~ dia bukak wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
~ dia tengok semua gambar kita dalam album
~ dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
~ dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
~ dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
~ dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina, walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
~ dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya kita sunyi tanpa dia kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya itulah sebenarnya yang bernama CINTA kadangkala sukar membezakan
antara sayang dan cinta
~ antara KASIH dan SAHABAT
~ antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa... Ini adalah relitinya...

Sunday, October 28, 2012

secebis kata-kata

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
✿ܓJika dipinta cintamu katakanlah ia hanya untuk ALLAH , jika dipinta rindumu katakanlah ia hanya untuk RASULLAH,jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia hanya untuk ibu bapamu & jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya..ܓ✿
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Saturday, October 27, 2012

Ketahuilah~

::wanita,ketahuilah lelaki yang memanggil kamu sayang,dia tidak menghormati kamu. kenapa? itulah hakikatnya. jika dia menghormati kamu dia tidak akan memanggil kamu dengan panggilan-panggilan manja kerana dia sedar masih belum ada ikatan yang SAH yang memungkinkan dia memanggil kamu sebegitu jadi wanita jangan mudah layu dengan lelaki yang memanggil kamu sebegitu::

*psstt,kalau ada lelaki gatal dengan kamu panggil macam tu,balas je ingat aku tak ada nama ke panggil aku sayang?

Tuesday, October 23, 2012

Kita Berhak~

Kita berhak untuk bermimpi, tapi jangan terlalu lama
Kita berhak untuk bahagia, tapi jangan lupa kesedihan yang sedang menanti,
Kita berhak untuk bergembira, tapi ingat, jangan berlebihan.
Kita berhak untuk menghayati kehidupan ini, kerana kita tidak lama di sini,
maka hargailah setiap yang kita lalui kerana di situ terletak pelajaran dariNYA.

Monday, October 22, 2012

JIKA ALLAH~

Jika Allah menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit,
maka Allah juga menciptakan sahabat untuk keindahan hidupmu ;)

Sunday, October 21, 2012

Jangan Tika Sunyi Baru Cari~

bila kita berkawan pastikan kita hargai persahabatan tu
bukan bila sunyi baru mencari :)

Wednesday, October 17, 2012

DOA MENGHILANGKAN KESEDIHAN



Innil tawakkaltu ‘alal hayyil-ladzii laa yamuutu walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘a-zhiim

Maksudnya:

Sesungguhnya aku berserah diri kepada Zat yang Maha Hidup yang tidak mengenal mati. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung” (Riwayat Al-Hakim)

untitled


smile :-) :) :] =)
frown :-( :( :[ =(
gasp :-O :O :-o :o
grin :-D :D =D
tongue :-P :P :-p :p =P
wink ;-) ;)
curly lips :3
kiss :-* :*

grumpy >:( >:-(
glasses 8-) 8) B-) B)
sunglasses 8-| 8| B-| B|
upset >:O >:-O >:o >:-o
confused o.O O.o
shark (^^^)
pacman :v
squint -_-
angel O:) O:-)
devil 3:) 3:-)
unsure :/ :-/ :\ :-\
cry :'(

Koleksi lagu2 yang terdapat dalam drama Adam & Hawa

Muara Hati - Hafiz & Dato Siti Nurhaliza
Ratu Dihatiku - Triad
Dia yang kau pulih - Shahir
Pendam - Shahir
Aku yang berdosa - Shahir
Inilah Cinta (Akustik) - Akim
Yang lalu biarlah berlalu - Bunga Cinta Lestary
Remuk Jantungku - Geisha

Cerita Kita - Shahir
Terpanah asmara - Bunga Cinta Lestary
Bengang - Akim
Cahaya kita - Opick
Taqwa - Opick
Rapuh - Opick
Asma ul Husna - Opick

Thursday, October 11, 2012

-jadilah-

Jadilah seorang insan yang selalu...
~ BERSABAR Saat tertekan
~ TERSENYUM Di kala hati menangis
~ BERDIAM Di saat dihina
~ BERSAHAJA Dalam memafkan (^_^)!!

PERSAHABATAN itu....

Persahabatan itu ibarat satu
janji yang dibuat dalam hati.
Tak dapat ditulis, tak dapat
dibaca.
Namun takkan terpisah dek

jarak, takkan berubah dek
masa.
Sekali kita ikhlas berkawan,
InsyaALLAH ia akan kekal
sehingga ke akhir hayat... ♥

~kata-kata motivasi~

※ Berdiri bukan takut pada tumbang..
※ Berlari bukan takut pada bayang..
※ Naik bukan memijak lawan..
※ Hebat bukan menumpang kawan..
※ Bangkit dengan keperibadian...

biar sejuta kepayahan di bahumu,,
biar sejuta keperitan di dadamu...
sesungguhnya itu adalah kemanisan anugerah Illahi untuk mu... kita tak mungkin menemui daratan baru,
jika kita tak cuba berlayar jauh dari pantai......
❤ {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-) ❤

Monday, October 8, 2012

Terlewat sehari.....

Assalamualaikum...
7/10/2011------->7/10/2012
genap setahun sudaahh...hari dimana buat pertama kali kau menyebut mengenai perpisahan yang ku xsanggup hadapinya lagi
detik dimana ku hargai setia waktu bersamanya
banyak yang dah berubah sepanjang waktu itu..
xpela,walau ada hati yg kecewa,walau ada yang sakit
xpe..kau layak tuk berubah sama ada sedar atau tidak ada yang tersakiti
xde sape blh kawal semua tu
perasaan yang ntah ape2
k sekian..
sedey da ati ni tringat kat dia..huhu
babai..need to rest, may there is luck waiting me tomorrow :P

Thursday, October 4, 2012

Maafkanlah

maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan ..
maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN ..
maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK ..
maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti ..
maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA ..

# memaafkan itu lebih baik dripada berdendam .. kerana dendam itu hanya menambah menyakitan hati yang telah disakiti .. :)
 

Mutiara Kata

Jika Anda benar, maka Anda tidak perlu marah.
Dan jika Anda salah, maka Anda tidak layak marah.

Sabar dengan Keluarga, itu namanya Cinta.
Sabar dengan Orang Lain, itu namanya Respect.
Sabar dengan Diri Sendiri, itulah Kepercayaan Diri.

Wednesday, October 3, 2012

Cinta High Class :)

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa..
Hari ini berjanji setia, hari esok tiada suara..
Hari ini dia milikmu, hari esok belum tentu..
Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun, ramai yang tidak pasti!
 

Tuesday, October 2, 2012

kawan oh kawan...

adanya kawan untuk kau berkongsi apa yang kau rasa, marah, sedih, gembira, semuanya lah. tapi bukan untuk membebankan mereka. kau ada bila kau sedih, kau hilang bila kau happy. kau hanya ingat member masa kau singgle, kau lupa member bila kau sibuk melayan couple. BILA kau ada problem dengan couple ko, member jugak yang ko cari, kan? :)

SAHABAT!

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan

Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar...........

KitA PeRnaH diSaKiTi

Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

★ Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

★ Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan.. iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti.. & esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil
"Waktunya kita KEMBALI".